UNTUK MAKLUMAN

1. Untuk ke portal FROG VLE klik pada gambar katak di bahagian kanan atau terus ke url (jba1014.1bestarinet.net)

2. Untuk sebarang cadangan, komen dan pesanan bolehlah di emelkan kepada kami
( sekolahkebangsaankopok@gmail.com ).


Terima kasih
.

- Unit ICT SK. Kopok

TAGLINE AJK ICT SK KOPOK

Sabtu, 12 April 2014

FROG VLE

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

 
Logo Frog VLE

 

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui internet.

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Ia juga merupakan satu sistem di mana warga sekolah boleh berinteraksi antara satu sama lain. Untuk berhubung; guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid memerlukan satu kata laluan (password) yang didaftarkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa / penjaga juga boleh mendaftar secara layan diri di https://www.yes.my/v3/1bestarinet.do


Klik untuk membesarkan gambar

Klik di bawah untuk terus ke pautan FROG VLE

http://jba1014.1bestarinet.net

 ............................................................................ 

SENARAI ID VLE FROG MURID 
SK. KOPOK 

muat turun senarai nama di sini (klik sini)






PETA LOKASI SK. KOPOK



SK. Kopok terletak di Kampung Kopok Baru, Pasir Gudang, Johor.


Peta 1

Peta 2


Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web di PPD Pasir Gudang untuk mendapatkan peta SK. Kopok di halaman http://www.ppdpgudang.edu.my/peta.php.
Kemudian, pilih kod sekolah JBA1014 SK KOPOK.





Khamis, 3 April 2014

Maklumat Am Sekolah


SELAMAT DATANG KE BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK, 
PASIR GUDANG, JOHOR 

Maklumat sekolah :

 Kod sekolah : JBA 1014
Sekolah Kebangsaan Kopok
Jalan Hijrah Utama, Kampung Kopok Baru,
81700, Pasir Gudang
Johor, Malaysia

Telefon : 6072611700
Fax : 6072611900

.................................................

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

.................................................


SEJARAH SK. KAMPUNG KOPOK, 
PASIR GUDANG 

         Kampung Kopok diasaskan oleh seorang Pahlawan termashyur dan terbilang Bugis yang bernama Daeng Kopok pada kurun ke 17. Pada awal pembukaan kampung ini, terdapat banyak tupai terbang yang di panggil Wallang Kopok di dalam Bahasa Jawa. Sempena dengan kedua-dua nama tersebut, maka kampung ini di namakan Kampung Kopok. Ia juga adalah sempena memperingati kemasyhuran Kampung Kopok dan bukan sahaja nama kampung tetapi sekolah ini terletak di dalam Kampung Kopok.
 
Sekolah Kebangsaan Kopok dibuka pada tahun 1954. Sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk awal Kampung Kopok. Keluasan sekolah ini pada awalnya ialah 2.5 ekar ( 1 hektar ). Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Kopok. Guru yang pertama ialah Encik Abdul Rahman Bin Limat. Bilangan murid asal ialah 40 orang dan bilangan kelas ialah 4 buah bilik darjah.

             Pada tahun 1981, bilangan guru bertambah kepada 6 orang dan pada tahun 1988 bilangan murid bertambah kepada 100 orang serta bilangan guru juga bertambah kepada 8 orang. Pada tahun 1988 juga, bangunan sekolah bertambah kepada 3 buah (2 bangunan lama dan satu bangunan baru dua tingkat dibina secara pasang siap).

Sumber rujukan: 

..................................................

LENCANA

 



Motto:  

Usaha Maju

 Warna:
  • Merah, Putih & Biru
Warna asas bendera Negeri Johor 
  • Kuning
Warna Diraja (Taat setia kepada pemerintah)

.....................................................
..
LAGU SEKOLAH


Sekolah Kopok yang Kucinta
Baktimu Sungguh Mulia
Harum Namamu Besar Jasamu
Kaulah Kebanggaanku

Gedung Ilmu yang Ku Sayang
Bina Kami Hidup Gemilang
Kaulah Kusayang Dikau Kukenang
Jasamu tak terbilang 

Wahai Guruku Bimbinglah Kami
Maju Berlajar Setiap Hari
Harapan Kami Bila Dewasa
Berguna pada Bangsa dan Negara

Semangat Rajin dan Usaha
Jadikan Amalan Mulia
Belajar Belajar “Usaha Maju”
Kata Slogan Kita

Sekolah Kopok yang Kucinta
Baktimu Sungguh Mulia
Harum Namamu Besar Jasamu
Kaulah Kebanggaanku

Harum Namamu Besar Jasamu
Sekolah Kebanggaanku


  Irama: http://www.4shared.com/mp3/beRf1KB9/Lagu_SKKopok_Pasir_Gudang.html%3Fstart=
.........................................................................

KEMUDAHAN SEKOLAH

  1. Pejabat
  2. Bilik Guru
  3. 25 buah bilik darjah
  4. Bilik Mesyuarat
  5. Pusat Sumber
  6. Makmal Sains
  7. Bilik Kemahiran Hidup
  8. Surau
  9. Dewan
  10. Bilik Pemulihan
  11. Tandas
  12. Bilik Komputer
  13. Bilik Akses
  14. Pra Sekolah
  15. Kantin
  16. Gelanggang Serbaguna
  17. Bilik Bimbingan dan Kaunseling
  18. Bilik SUP
  19. Bilik J-QAF
  20. Bilik Rawatan
  21. Bilik Maklumat
  22. Padang
  23. Dataran Budi
  24. Bilik ABM
  25. Bilik Kokurikulum
  26. Taman Permainan 
  27. Kolam ikan (bakal dilaksanakan 2014) - Cikgu Fahmi