UNTUK MAKLUMAN

1. Untuk ke portal FROG VLE klik pada gambar katak di bahagian kanan atau terus ke url (jba1014.1bestarinet.net)

2. Untuk sebarang cadangan, komen dan pesanan bolehlah di emelkan kepada kami
( sekolahkebangsaankopok@gmail.com ).


Terima kasih
.

- Unit ICT SK. Kopok

TAGLINE AJK ICT SK KOPOK

Memaparkan catatan dengan label kejayaan sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kejayaan sekolah. Papar semua catatan

Rabu, 21 Januari 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

Persediaan menghadapi sesi persekolahan Tahun 2015 :-

- Pendaftaran murid Tahun 1 (30 DISEMBER 2014)
- Pendaftaran murid Tahun 2 hingga Tahun 6 (31 DISEMBER 2014)

Sesi persekolahan Tahun 2015 telah ditangguhkan selama seminggu berikutan dengan musibah banjir yang telah melanda beberapa buah negeri dan daerah di negara kita. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat arahan kepada semua sekolah di Malaysia untuk menangguhkan sesi persekolahan Tahun 2015. Sesi persekolahan telah bermula pada 11 Januari 2015 yang lalu.

Antara program yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari 2015 :-

- Program Transisi Tahun 1
- Bantuan awal persekolahan RM100 (12 januari 2015)
- Pengagihan kelas  (streaming kelas)
- Pelancaran program Nilai Murni Amalan Membaca (NILAM) bersama UTUSAN MALAYSIA dan Akhbar Pendidikan Tutor (pautan klik sini)



MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & AKHBAR PENDIDIKAN TUTOR 

TARIKH : 20 JANUARI 2015
MASA : 10.30-11.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN MUAFAKAT SK KOPOK
DISEMPURNAKAN OLEH : PN. JAMILAH BT AYOB (GPK HEM)

ATURCARA MAJLIS 

UCAPAN PERASMIAN
GIMIK PELANCARAN
SESI SERAHAN TAJAAN OLEH WAKIL UTUSAN;
(EN. MOHD ASRI B JANTAN)
(EN. MOHD SHAHRUL AZHAR)
(EN. ROMLI B AWANG)
NYANYIAN LAGU NILAM
SESI BERGAMBAR

Tengah: Cikgu Normah (Guru Pusat Sumber) bersama En. Ibrahin (PK Kokurikulum) dan barisan guru serta murid-murid SK Kopok


Gambar akan dimasukkan dari masa ke masa. Terima kasih

Selasa, 2 September 2014

TAHNIAH!! NAIB JOHAN NEGERI JOHOR

SK Kopok telah berjaya mengharumkan nama daerah Pasir Gudang dengan menggondol NAIB JUARA di Kejohanan Hoki 6'S Piala TNB Johor. Kejayaan pasukan ini berkat usaha Cikgu Fahmi dan anak-anak didiknya.





Khamis, 17 Julai 2014

HARI TERBUKA SK. KOPOK 2014

Program: Hari Terbuka SK. Kopok 2014
Tarikh: 26 Jun 2014
Hari: Khamis
Masa: 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari


Galeri

BSN membuka kaunter pendaftaran dan simpanan SSP

Ibu bapa sabar menunggu

Cikgu Sa'adiah membantu Cikgu Amerul Arbain

Guru terut membantu murid menguruskan gerai sekolah

Suasana Hari Terbuka

Penerangan tentang slip peperiksaan sedang diberikan

Para guru yang gigih menjayakan program Hari Terbuka

Suasana Dataran Muafakat

SAMBUTAN HARI GURU DI TS HOTEL BERSAMA PPD PASIR GUDANG


TEMA HARI GURU 2014 : "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"

Pada 15 Jun 2014 (sehari sebelum Hari Guru seluruh negara disambut), warga SK. Kopok terdiri daripada para pentadbir, guru-guru dan kakitangan sekolah telah meraikan Hari Guru dan Hari Pekerja. Hari tersebut disambut untuk mengenang jasa para guru dan kakitangan sekolah yang sentiasa menggembling tenaga dan sentiasa berusaha memastikan kejayaan SK.Kopok sentiasa meningkat daripada saban hari ke saban hari.

Pada hari tersebut juga, wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang telah merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bersama-sama warga PPD. Beberapa anugerah telah disampaikan termasuklah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada beberapa orang guru. Tahniah buat para guru terbabit.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang





Galeri Sambutan Hari Guru











NAIB JOHAN MSSM BOLA BALING 2014


Sekalung ucapan tahniah dan syabas buat guru-guru SK Kopok terutamanya 
MD. KAMARRIZA BIN MD. SALLEH  (CIKGU KAMA)
kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri Johor pada 10 Jun 2014.
Atas inisiatif dan usaha gigih beliau dan anak-anak didiknya, negeri Johor telah menempah nama selaku NAIB JOHAN BOLA BALING MSSM 2014

 Tahniah dan syabas. Semoga pelapis-pelapis pada masa depan akan menjadi JUARA MSSM!!