UNTUK MAKLUMAN

1. Untuk ke portal FROG VLE klik pada gambar katak di bahagian kanan atau terus ke url (jba1014.1bestarinet.net)

2. Untuk sebarang cadangan, komen dan pesanan bolehlah di emelkan kepada kami
( sekolahkebangsaankopok@gmail.com ).


Terima kasih
.

- Unit ICT SK. Kopok

TAGLINE AJK ICT SK KOPOK

Rabu, 21 Januari 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

Persediaan menghadapi sesi persekolahan Tahun 2015 :-

- Pendaftaran murid Tahun 1 (30 DISEMBER 2014)
- Pendaftaran murid Tahun 2 hingga Tahun 6 (31 DISEMBER 2014)

Sesi persekolahan Tahun 2015 telah ditangguhkan selama seminggu berikutan dengan musibah banjir yang telah melanda beberapa buah negeri dan daerah di negara kita. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat arahan kepada semua sekolah di Malaysia untuk menangguhkan sesi persekolahan Tahun 2015. Sesi persekolahan telah bermula pada 11 Januari 2015 yang lalu.

Antara program yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari 2015 :-

- Program Transisi Tahun 1
- Bantuan awal persekolahan RM100 (12 januari 2015)
- Pengagihan kelas  (streaming kelas)
- Pelancaran program Nilai Murni Amalan Membaca (NILAM) bersama UTUSAN MALAYSIA dan Akhbar Pendidikan Tutor (pautan klik sini)



MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & AKHBAR PENDIDIKAN TUTOR 

TARIKH : 20 JANUARI 2015
MASA : 10.30-11.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN MUAFAKAT SK KOPOK
DISEMPURNAKAN OLEH : PN. JAMILAH BT AYOB (GPK HEM)

ATURCARA MAJLIS 

UCAPAN PERASMIAN
GIMIK PELANCARAN
SESI SERAHAN TAJAAN OLEH WAKIL UTUSAN;
(EN. MOHD ASRI B JANTAN)
(EN. MOHD SHAHRUL AZHAR)
(EN. ROMLI B AWANG)
NYANYIAN LAGU NILAM
SESI BERGAMBAR

Tengah: Cikgu Normah (Guru Pusat Sumber) bersama En. Ibrahin (PK Kokurikulum) dan barisan guru serta murid-murid SK Kopok


Gambar akan dimasukkan dari masa ke masa. Terima kasih

Tiada ulasan: