UNTUK MAKLUMAN

1. Untuk ke portal FROG VLE klik pada gambar katak di bahagian kanan atau terus ke url (jba1014.1bestarinet.net)

2. Untuk sebarang cadangan, komen dan pesanan bolehlah di emelkan kepada kami
( sekolahkebangsaankopok@gmail.com ).


Terima kasih
.

- Unit ICT SK. Kopok

TAGLINE AJK ICT SK KOPOK

Ahad, 2 November 2014

Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa Lemas

PASIR GUDANG – “Kakak ajak saya ke tasik itu sebab Yunis mahu berenang,” itu pengakuan saksi kejadian Muhammad Aiman Nurhassan, 9  yang juga adik kepada mangsa lemas, Nur Azdriana 11.

Nur Azdriana dilaporkan lemas bersama sahabatnya Yunis Semut, 10, ketika mandi di sebuah bekas lombong Jalan Camar, Taman Nusa Indah, kira-kira jam 6.47 petang, kelmarin.

Bagaimanapun mayat kedua-dua sahabat ini yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Kopok, di sini, ditemui oleh pihak bomba dan penyelamat kira-kira jam 10.12 malam, kelmarin dalam keadaan berpelukan.

Muhammad Aiman yang kelihatan masih terkejut dengan kejadiannya menimpa kakak dan rakannya itu memaklumkan ketika sampai di tasik berkenaan Yunis terus terjun lalu tenggelam.

“Selepas nampak Yunis tenggelam, kakak mahu terjun untuk selamatkannya, saya cuba halang kerana takut kakak akan turut lemas. Tapi, kakak terus terjun, selepas itu kakak langsung tidak timbul.

“Saya cuba minta tolong tetapi tiada sesiapa di kawasan itu. Saya nampak ada orang yang sedang memancing di hujung tasik tapi dia tidak dengar jeritan saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Muhammad Aiman memaklumkan selepas melihat kedua-dua mangsa tenggelam, dia terus berlari pulang ke rumahnya sebelum memaklumkan insiden yang berlaku kepada ibu mereka, Noraini Ahadun, 30-an.

Jenazah Nur Azdriana dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya Masai, di sini, semalam selepas Zohor.

Suasana kediaman Nur Azdriana bertambah pilu selepas neneknya, Daulah Hassan Nur, 65 yang baru tiba dari Sabah tidak menahan kesedihan ketika menatap wajah cucu kesayangannya itu buat kali terakhir.

Al-Fatihah untuk arwah Nurzdianan Nurhassan dan salam takziah buat keluarga Nurzdianan Nurhassan dan Yunis Semut.
Kedua-dua adik ini merupakan bekas murid Sekolah Kebangsaan Kopok.

Sumber Sinar Harian klik sini

Tiada ulasan: