UNTUK MAKLUMAN

1. Untuk ke portal FROG VLE klik pada gambar katak di bahagian kanan atau terus ke url (jba1014.1bestarinet.net)

2. Untuk sebarang cadangan, komen dan pesanan bolehlah di emelkan kepada kami
( sekolahkebangsaankopok@gmail.com ).


Terima kasih
.

- Unit ICT SK. Kopok

TAGLINE AJK ICT SK KOPOK

Sabtu, 25 Jun 2016

majlis pelancaran program Ihya Ramadhan SK Kopok





Assalamualaikum WBT. bersyukur dengan izin Allah SWT dengan izinnya dapat kita berpuasa di bulan ramadhan kali ini dan sama2 kita lipat gandakan amalan kita. semoga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang berganda insyaAllah

Tanggal 19 jun 2016, telah diadakan satu majlis pelancaran program ihya Ramadhan peringkat sekolah di perkarangan dataran muafakat Sk kopok. Program ini secara rasminya telah dilancarkan dengan sempurna oleh yang berusaha GPK HEM SK Kopok iaitu Puan Jamilah bt Ayob. Dalam perancangan panitia Pendidikan Islam, program ini berlangsung selama seminggu dan pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berjalan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

1)program tadarus/khatam Al-Quran
2)program hafazan Al-Quran
3)teka silang kata Bahasa Arab
4)membuat buku skarp bahasa Arab
5)membuat kad raya
6)lain-lain

Dengan meriahnya, majoriti murid-murid sk kopok telah memasuki program ini dan setiap pemenang bagi aktiviti tersebut akan diumumkan pada hari khamis bersamaan 30 jun 2016.


sekian, wassalam

Tiada ulasan: