UNTUK MAKLUMAN

1. Untuk ke portal FROG VLE klik pada gambar katak di bahagian kanan atau terus ke url (jba1014.1bestarinet.net)

2. Untuk sebarang cadangan, komen dan pesanan bolehlah di emelkan kepada kami
( sekolahkebangsaankopok@gmail.com ).


Terima kasih
.

- Unit ICT SK. Kopok

TAGLINE AJK ICT SK KOPOK

Khamis, 17 Julai 2014

NAIB JOHAN MSSM BOLA BALING 2014


Sekalung ucapan tahniah dan syabas buat guru-guru SK Kopok terutamanya 
MD. KAMARRIZA BIN MD. SALLEH  (CIKGU KAMA)
kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri Johor pada 10 Jun 2014.
Atas inisiatif dan usaha gigih beliau dan anak-anak didiknya, negeri Johor telah menempah nama selaku NAIB JOHAN BOLA BALING MSSM 2014

 Tahniah dan syabas. Semoga pelapis-pelapis pada masa depan akan menjadi JUARA MSSM!!

Rabu, 9 Julai 2014

PEPERIKSAAN JULAI 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Peperiksaan Percubaan UPSR melibatkan murid Tahun 6 akan dijalankan pada 15 hingga 17 Julai 2014.

Ujian Formatif 3 melibatkan Tahun 1,2,3,4 dan 5 akan dijalankan pada 13 hingga 17 Julai 2014.
*soalan peperiksaan akan disediakan oleh guru matapelajaran masing-masing dan dijalankan mengikut waktu kesesuaian PdP.

Oleh itu, murid-murid diminta agar mengulangkaji pelajaran mengikut tajuk yang telah diajar oleh guru masing-masing.

Semoga adik-adik akan beroleh kecemerlangan.